Wednesday, February 25, 2009

INI BUKAN KISAH AKU DA.....[AKU TKUT JD KAT AKU JE...]

5 tahun yang lepas, kehidupan saya amat bahagia.
Saya mempunyai seorang teman istimewa yang sentiasa menemani hidup saya tidak kira sejauh mana saya pergi. Dia teman realiti saya. Dia juga teman SMS saya.
Hubungan kami amat bahagia dan berjalan dengan lancar sekali sehinggalah...
...dia memasuki kolej matrikulasi.
Dia sibuk dengan pelajaran. Tetapi dia tetap menunjukkan rasa rindu dan sayang melalui perbualan telefon dan juga SMS. Saya meneruskan kehidupan seperti biasa.
3 bulan sudah berlalu. Dia semakin berubah. Dahulu ayat SMS'nya panjang dan penuh kata-kata rindu,impian dan fantasi indah. Tetapi kini, dia seolah-olah bukan dirinya yang sebenar.
"Perlahan-lahan saya menerima kesakitan yang tidak diundang"
Hancur hati ini bila dia huraikan satu persatu kesalahan dan kelemahan saya. Saya tidak pandai membuat keputusan, tidak romantik, tidak sanggup berkorban sedikit untuk dirinya, tidak pandai mengambil hati, jarang telefon dan bermacam-macam lagi 'kesilapan' saya.
Dahulu hati saya dijaga dengan "Takdelah bosan, I happy and ok je ni" dan "Ala, SMS je takpe, tak payah call, bazir duit je". Saya percaya bulat-bulat.
Dinding kaca hati saya pecah bertaburan juga akhirnya apabila dia mula membukai tirai sandiwara belakang tabirnya selama ini - rupanya ada orang ke-3 di dalam hubungan kami.
Saya kecewa dan sedih. Rasa geram memikirkan bagaimana hal ini boleh berlaku. Apa silap sebenar saya kepada dia. Dua tiga malam juga saya tidak dapat lelapkan mata di malam hari, memikirkan bagaimana dia tergamak membuat saya begini.
Alasannya, dia tidak sesuai untuk saya. Saya berhak mendapatkan teman sejati yang lebih baik dari dirinya. "Ah, ini alasan klasik. Skrip basi!", gertak hati saya kepada diri sendiri.
Saya mendengar lagu yang anda dengar ini berkali-kali untuk mengisi kesunyian saya. Di saat tiada orang di sekeliling, saya mencuri peluang untuk menangis sepuas-puasnya.
1 minggu. 2 minggu. Akhirnya sebulan telah berlalu dan kehidupan saya semakin terumbang-ambing. Saya kadangkala menghantar SMS kepada sebagai seorang kawan. Tiada tanda dia hendak balik kepada saya. Saya putus harapan.
"Saya kena 'survive',teruskan hidup"
Rakan saya mula perasan perubahan ketara tingkah laku saya. Prestasi pelajaran saya mula menurun. Perniagaan separuh masa yang saya jalankan sudah lama tidak disentuh. Saya sedang berada di tahap paling teruk dan hina di dalam kehidupan saya.
Binatang pun tahu bagaimana untuk teruskan hidupnya sekiranya ia ditinggalkan oleh ibu bapa atau rakan sekumpulannya. Saya mula berfikir dan berfikir...
...sampai satu tahap saya membuat keputusan untuk bergerak ke hadapan dan mulakan kehidupan baru.

No comments:

Post a Comment